Sudah lama rasanya tak dengar cerita tentang penyanyi nasyid Suhaimi Saad yang dahulunya sering mencetuskan kontroversi tentang pendapatnya mengenai anti vaksin dan dakwaan bumi berbentuk rata.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Terbaru, bekas ahli kumpulan InTeam itu dikhabarkan menghidap sakit mata yang kronik sejak setahun lalu. Suhaimi kini banyak bergantung dengan isterinya, Ina Naim dan terpaksa berjalan menggunakan tongkat.
BACA: Suhaimi Saad Lancar Mosus Foundation Bantu Orang Susah
Menurut Suhaimi, dia tidak menolak kemungkinan sakit mata yang dialami itu terkena gangguan sihir. Katanya, dia sudah merujuk dengan ustaz serta rawatan Islam dan percaya bahawa kesakitannya itu ada kaitan dengan buatan orang.
Perkara itu didedahkannya menerusi Instagram Live pada pagi Jumaat sebentar tadi. Kata Suhaimi lagi, dia berikhtiar menjalani rawatan fizikal dan rohani namun enggan mengulas lanjut mengenai kaedah yang dijalaninya.
“Kalau berjumpa doktor, mereka akan membuat imbasan berdasarkan fakta saintifik. Apabila saya merujuk ustaz dan perawat, memang ada kemungkinan berkaitan dengan unsur-unsur itu.
“Allahualam. Saya percaya dengan ilmu sihir dan santau tapi saya juga berikhtiar menjalani rawatan secara fizikal dan rohani. Saya juga percaya pada ubat-ubatan,” katanya.
Dalam pada itu, Suhaimi menafikan kononnya dia mendedahkan penyakitnya itu untuk menagih simpati. Ujarnya, mungkin sakit mata yang dialami itu adalah satu cara Allah supaya dia tidak berbuat dosa melihat perkara tidak elok.
“Mata saya tiada katarak dan tiada selaput. Mungkin masalah dalaman. Allah nak bataskan penglihatan supaya saya tak buat dosa mata dan tengok benda tak elok.
“Saya reda kalau disembuhkan atau tidak sebab saya sudah terbiasa dengan keadaan ini. Banyak hikmahnya apabila mata saya tak nampak. Saya tak mengata orang dan tak berfikiran negatif,” katanya.
Suhaimi memberitahu dia pernah mencuba untuk mendapatkan rawatan lasik namun terpaksa menangguhkan hasrat itu kerana kos yang terlalu tinggi iaitu mencecah RM8,000 hingga RM12,000.