fbpx

“Sakit Hati Ya Tengok Kami Tak Jadi Cerai? “ – Fara Salleh

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menyelar sikap netizen yang seolah berharap dia bercerai dengan suaminya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Fara turut menyarankan mana-mana individu yang tidak gembira dia dan suami kembali berbaik agar tidak lagi mengikutinya di media sosial.

BACA: Fara Salleh Minta Iqram Dinzly Jangan Sibuk

“Ada butang unfollow dan block di Instagram. Buat mereka yang tak suka saya atau tak suka saya kembali kepada suami dan betulkan perhubungan kami, tolong jauhkan diri dari Instagram saya. Jangan komen yang mengarut di sini,” tulisnya.

Sementara itu, di ruangan komen ada netizen menyindirnya dengan mempersoal Fara sama ada wanita itu tidak jadi bercerai dengan suaminya susulan kenyataannya sebelum ini yang meminta cerai daripada Shuk.

Komen tersebut dibalas oleh Fara yang mempersoalkan semula individu adakah dia sakit hati melihat dia tidak jadi bercerai dengan suaminya dan sudah kembali berbaik.

“Sakit hati ya tengok kami tak jadi cerai. Sakit hati tengok kami bahagia, eh? Alhamdulillah Allah Baik,” balasnya.