fbpx

Fara Salleh Minta Iqram Dinzly Jangan Sibuk

Isteri kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meminta Iqram Dinzly jangan sibuk dengan urusan rumah tangganya berikutan pelakon itu memuat naik kenyataan mempertahankan pelawak tersebut.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Fara berkata bukan dia berkahwin dengan Iqram serta meminta pelakon itu tidak masuk campur hal rumah tangganya.

BACA: Iqram Dinzly Backup Shuk Sahar, Minta Jangan Percaya Fara Salleh

“Bukan aku kahwin dengan kau ya, Encik Iqram. Jangan sibuk hal aku,”tulisnya.

Sebelum ini menerusi perkongsian di Instagram, Iqram berharap orang ramai tidak percaya bulat-bulat dengan kenyataan didedahkan oleh Fara yang dikatakan mencurigakan.

Sementara itu, Iqram menyifatkan Shuk seorang yang gigih dalam mencari rezeki tanpa mengira masa dan tenaga serta rajin membantu rakan-rakan dalam perniagaan.