fbpx

“Sakinah Untung Dapat Suami Yang Sangat Baik” – Shira

Semalam industri hiburan dikejutkan dengan berita perceraian Sharifah Sakinah dengan suaminya, Aliff Adha. Sakinah mendedahkan dia dan Aliff sudah lagi tidak tinggal sebumbung sejak Mac namun sah berpisah pada Mei lalu.

Mengulas mengenai perceraian adiknya, pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah berkata kedua belah keluarga sudah mencuba sehabis baik memberikan nasihat, bagaimanapun mereka sudah pun membuat keputusan.

BACA: Sharifah Sakinah Sahkan Sudah Bercerai

Shahira yang mesra disapa Shira berkata perbincangan yang dibuat bersama keluarga itu tidak mencari salah sesiapa, namun mengakui sedih dengan keputusan tersebut. Shira turut menyifatkan Sakinah sangat beruntung kerana dapat suami yang baik.

“Kedua belah keluarga sudah cuba memberikan nasihat tapi tak boleh paksa. Keputusan itu memang sedih. Mereka sudah buat keputusan dahulu kemudian berjumpa semua keluarga untuk bercakap mengenai perkara itu.

“Dalam pertemuan itu kedua belah keluarga berbincang dan bukan bertekak salahkan sesiapa. Kami pun ada minta maaf bagi pihak kami.

“Keluarga Aliff sangat bagus. Malah, Sakinah beruntung sebab dapat suami yang sangat baik. Pastinya Aliff sudah cuba pertahankan yang terbaik, tapi mungkin sudah tak ada jodoh,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Shira berkata dia tidak tahu menahu punca perceraian adiknya itu. Bagaimanapun, Shira mendoakan yang terbaik buat adiknya dan Aliff mengenai soal jodoh mereka.

“Jangan tanya sebab apa cerai, sebab memang tidak tahu apa-apa. Saya ada cakap dengan Aliff, kalau ada jodoh dengan orang lain, tidak mengapa. Kalau mereka kembali bersama pun, okay.

“Soal jodoh ini kita tidak tahu. Segalanya atas ketentuan Allah. Apa pun, kita doakan saja yang terbaik buat mereka,” katanya.