fbpx

Sakan Menari, Netizen Pula Yang Segan Tengok Seluar Ruhainies

Baru-baru ini, hangat diperkatakan video di aplikasi TikTok memaparkan pelakon Ruhainies yang kelihatan gembira menari untuk mempromosikan sebuah produk.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah seluar yang dipakai oleh pelakon itu yang dilihat menyerupai warna kulit.

BACA: Ruhainies Maafkan Individu Yang Pernah Kutuk Dirinya

Penampilan Ruhainies itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menegur cara pemakaian pelakon itu. Malah, ada netizen meluahkan rasa segan melihat pakaian pelakon itu. Tidak kurang juga ada yang menyangkakan pelakon itu tidak berseluar.

“Terkejut aku, ingatkan dia tidak pakai seluar,” komen seorang pengguna TikTok.

“Dia yang pakai, aku yang segan nak tengok,” tegur seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menitipkan nasihat supaya Ruhainies lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian bimbang jatuh fitnah buat mereka yang memandang. Apa pun kita doa yang baik-baik sahaja buat Ruhainies.