fbpx

Amboi-amboi dalam diam je Sharnaaz Ahmad beristeri 3. Dah macam cerita P Ramlee, Madu 3 ni.

Bukan in real life yer, ini haa Sharnaaz bakal muncul dalam drama bersiri, ‘Isteri Misteri’ hasil kerjasama Viu Malaysia dan Media Prima Berhad pada 25 November 2020 (hari ini)!

Heroin Pun Mantap Gais!

Selain Sharnaaz Ahmad, drama bersiri komedi rumah tangga itu juga dibintangi Tiz Zaqyah, Aziera Shafinaz, Azar Azmi, Sharifah Sakinah dan ramai lagi. Fuh, semua heroin hebat-hebat belaka.

Drama bersiri 10 episod ini akan mula ditayangkan secara ekslusif selama satu jam di TV3 dan di platform Viu mulai 25 November 2020. Uih tak sabar nak tonton macam mana lah gamaknya Sharnaaz nak handle 3 isteri kan?

Jalan Cerita Yang Lain Dari Lain

Kalau anda nak tahu jalan cerita ‘Isteri Misteri’, drama komedi ini mengisahkan Sharnaaz Ahmad, pemenang Pelakon Filem Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 yang memegang watak sebagai Rizal seorang pelabur yang sangat kaya yang mempunyai 3 orang isteri.

Tiz Zaqyah, pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2016, memegang watak sebagai Emma, isteri pertama Rizal dan ibu kepada dua anaknya. Sharifah Sakinah sebagai Yatie, isteri kedua Rizal. Memang kecoh Yatie ni dalam drama komedi ni tau.

De Fam’s Azira Shafinaz pula memegang watak sebagai Lisa, isteri ketiga Rizal, yang hari-hari shopping jer dan grooming kucing kesayangan dia tu. Akhir sekali, Azar Azmi yang melakonkan watak sebagai Jun, setiausaha setia Rizal dan orang kanan, yang cuba menolong Rizal menjalani kehidupan cintanya yang rumit sambil memegang rahsia besar Rizal tentang poligami ni. Kang nanti isteri-isterinya dapat tahu, memang boleh jadi Perang Dunia Ketiga!

Banyak masalah yang timbul bila beristeri 3 ni, sampaikan salah seorang dari isterinya ini nak membunuhnya. Jadi Rizal ni dah macam Sherlock Holmes pulak dok menyiasat siapalah gerangan antara isteri-isterinya yang nak sangat bunuh dia tu sambil dibantu oleh Jun.

Bagaimana kesudahannya? Siapa antara ketiga-tiga isterinya yang ada plan nak bunuh Rizal tu? Haa…anda kena saksikan sendiri nanti yer! Sebelum tu kami kasi teaser sikit. Bagi anda suspen…jeng jeng jeng…


Ini Kata Pelakon Kita

Sebut tentang bab poligami ni memang topik yang sangat berat. Nak nak pulak kalau pasang 3. Hah! Boleh meroyan kaum wanita weh. Gamaknya kuali terbang nanti.

Tapi selepas kami menemubual secara zoom pelakon-pelakon drama bersiri ini, ini jawapan mereka!

“Cerita ni sangat unik, ada kelainannya. Anda boleh tonton sendiri bagaimana saya sebagai Rizal carry perjalanan hidup dengan 3 orang isteri. Banyak cabarannya!”

“Dan setiap seorang isteri-isteri saya ni ada karakter masing-masing. Geram, marah, comel dan banyak lagi. Tapi yang bestnya, drama ni memang fun-fun jer!,” jelas Sharnaaz.

Bagi Aziera, dia yang pertama kalinya berlakon dalam drama komedi ni mengaku nak bawak watak ni tak susah pun sebab dia sendiri pun dah memang gila-gila!

Shooting Dalam PKP, Sangat Mencabar!

Macam yang anda tahu, kita kan masih lagi dalam tempoh PKPB. Jadi sepanjang shooting drama komedi ini, semuanya dilakukan dalam tempoh PKP. Banyak juga cabarannya sebab nak kena kejar timing dalam PKP masa tu.

Tapi Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar. Apa yang perlu dipuji, setiap dari pelakon handal dan juga krew drama komedi ‘Isteri Misteri’ ni mengamalkan SOP. Satu lagi semasa penggambaran berlaku, tak ramai sangat krew yang terlibat. Jadi SOP dapat dipatuhi dengan baik.

So gais, jangan lupa tonton ‘Isteri Misteri’ hari ini okay! Kami pasti 10 episod drama komedi ini menjanjikan sesuatu yang anda sendiri pun tak jangka!

Anda kena ikut rapat bagaimana Rizal ketika dia memulakan satu siri siasatan untuk mengetahui yang mana dari tiga isterinya yang ingin membunuhnya. ‘Isteri Misteri’ akan disiarkan setiap hari Rabu dan Khamis jam 6:00 petang di TV3 dan jam 7:00 malam di Viu mulai 25 November 2020.

Muat turun aplikasi Viu secara percuma di App Store, Google Play, dan smart TV ataupun anda boleh terus klik di laman web www.viu.com