fbpx

Sakan Bergelek Dengan Baby Shima, Netizen Tanya Mana Taubat Aliff Syukri

Nampaknya usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri seakan tidak serik dikecam apabila dilihat ada memuat naik video bersama penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima.

Menerusi video tersebut, Aliff dilihat sakan bergelek bersama Baby Shima serta bertanyakan kepada netizen sama ada mahu melihat mereka bergabung dalam lagu terbaru.

BACA: Aliff Syukri Pernah Terfikir Nak Bercerai Sebab Isteri Tak Faham Dirinya

Seperti sudah dijangka, diruangan komen rata-rata netizen kesal dengan video dikongsikan itu serta mempersoalkan adakah usahawan itu tidak malu dengan anak-anak yang sudah dewasa.

Tidak kurang juga, ada netizen mengingatkan kembali tentang luahan Aliff sebelum ini yang mahu bertaubat dan berfikir tentang kematian.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa kasihan pada isteri usahawan itu iaitu Datin Seri Shahida serta anak-anak jika diejek oleh rakan-rakan di sekolah.