fbpx

Aliff Syukri Pernah Terfikir Nak Bercerai Sebab Isteri Tak Faham Dirinya

Usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia pernah terfikir untuk berpisah dengan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sebelum ini.

Memetik mStar Online, Aliff berkata banyak faktor yang mendorong hubungan mereka menjadi dingin, namun bersyukur rumah tangga mereka masih dapat diselamatkan.

BACA: “Hidup Ni Perlu Lawak, Bukannya Ada Adegan Ramas-Meramas Pun” – Aliff Syukri

Menurut Aliff lagi, dia merasakan isterinya tidak memahami dirinya yang suka dibelai, dipuji dan dimanja. Kata Aliff lagi, isterinya kini melayannya dengan lembut sejak beberapa tahun ini.

“Dalam melayari perkahwinan sepanjang 16 tahun ni, mungkin 10 tahun itu bergaduh dan enam tahun tu berbaik jadi waktu tu baru dapat rasai nikmat berkahwin… sebab isteri saya ni kurang faham saya, sebab itulah terhasilnya lagu cuba mengerti perasaan ku.

“Isteri tak faham saya sebab karakter dia lebih kepada lelaki, saya pula kepada wanita yang suka dibelai, dipuji dan manja, dalam masa 16 tahun tempoh perkahwinan ni mungkin beberapa tahun kebelakangan ini baru isteri layan saya dengan lembut.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia pernah mahu mengambil keputusan untuk berpisah kerana ketika itu masing-masing lebih fokus kepada kehidupan sendiri dan perniagaan.

“Waktu bergaduh tu secara jujurnya saya pernah nak ambil keputusan untuk bercerai dan isteri pun rasa perkara yang sama sebab waktu tu juga saya lebih fokus kepada kehidupan sendiri, perniagaan malah kurang berkawan dengan orang,” katanya.

Datuk Seri Aliff Syukri mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Nur Shahida pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.