fbpx

Sajjad Beli Kereta BMW Di Australia, Aliff Syukri Puji Hebat

Baru-baru ini, perkongsian Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menjadi perhatian apabila memuat naik komunikasi antara dia dan juga pihak BMW Australia.

Difahamkan, ianya berkenaan pembelian kereta baharunya dan Sajat meluahkan rasa syukur serta berterima kasih kepada BMW Australia di atas pembelian tersebut.

BACA: Sajjad Beli Kereta BMW Di Australia, Aliff Syukri Puji Hebat

Perkongsian Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah di atas pembelian kereta tersebut.

Turut menjadi perhatian komen daripada rakan baiknya, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang turut merasa bangga serta memuji pencapaian Sajat.

Awal Januari, Sajat memaklumkan berjaya mendaftar perniagaannya di negara itu serta turut menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat untuk bekerja dengannya.