“Sajat Tetap Seorang Muslim, Pintu Taubat Masih Terbuka”
Segala spekulasi mengenai jantina Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman akhirnya terjawab apabila usahawan sensasi itu mengakui dirinya seorang transgender.
Tampil memberi pandangan mengenai perkara itu, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri berkata Sajat masih seorang muslim serta menasihati usahawa itu agar tidak terus hanyut dengan jalan hidup yang dimurkai Allah.
BACA: “Australia Negara Bebas, Nak Pakai Bikini Ke, Biarlah Aku Nak Pakai Apa”
“Sajat tetap seorang Muslim, dan perlu sentiasa menasihati dan menegur beliau agar dia tidak terus hanyut dengan gaya hidup yang dimurkai Allah itu,” tulisnya.
PU Syed turut mendoakan agar Sajat sedar akan kesilapannya suatu hari nanti dan segera bertaubat kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Dalam pada itu, PU Syed turut mempersoalkan sebelum ini Sajat mendakwa tidak selamat di Malaysia. Ujarnya, boleh sahaja buat laporan polis jika rasa terancam.
Namun, PU Syed berkata dia melihat Sajat sendiri yang mengancam dirinya sendiri dengan melakukan perkara mudarat pada agama.
“Anda menyatakan hidup anda tak selamat di Malaysia.” Siapa yang membuat ancaman sebegitu? Kita ada undang-undang maka anda boleh buat laporan polis tentang siapa sahaja yang telah mengancam anda.
“Apa yang ambe nampak, anda sendiri yang mengancam diri sendiri dengan melakukan perkara yang mendatangkan mudarat pada masyarakat dan agama,” katanya.
Sibuk laa ko penyapu umat, ko mmg xde keje lain eh sibuk psl Sajat jek. Kalo ko ni mmg betul2 buat keje dakwah ko xde masa nk kisah hal Sajat jek.
Penunggang2 agama mcm ni dia mmg suka cari isu2 yg sensasi supaya org pandang dia sbg alim yg ambil berat pd msykt. Ustaz2 keyboard warrior media social cmni x payah peduli laa. Ni semua agamawan plastik!
Sajat dah jd warganegara Australia la masa dia jd rkyt Msia ko xnk jumpa dia nasihat elok2 ni dia dah cerai talak 3 dgn Msia ko plak sibuk nk bg statement konon ko caring sngt???
Kesian sajad..harap dia x kluar dr agama islam..mana tau satu ari nt dia berubah..teruk org kecam dia padahal saya dpt rasa dia tau klau lapor pada pihak berkuasa pun x guna..sb tgk ape kata sajad..dia kena cabul dgn org yg tangkap dia aritu..bgs sajad awak berhijrah..kalau kalau kat sini ape la da jd pada awak skg..sy kesian kat awak..
Ishhh semak la….terima la kenyataan dlm dunia ni akn ada pondan, akan ada biseksual, akan ada pompuan tudung check-in dgn pakwe, akan ada yg buang anak merata, akan ada yg zina, pergi rumah urut, pergi langgan pelacur, main belakang bini, pergi golok, curang, bini curang sama pakistan jual karpet, datin bela anak ikan, datuk main GRO.. byk.. byk… jgn buat2 buta manusia ni berbeza-beza..
ISU TIMAH KNP MASUK GUA? HA HA
Sajad dah belah lebai pun berbunyik lahai.Wey byk isu besor kes daging x halal, timah whiskey, pandora papers menteri sorok duit kt overseas x pulak ko nak bising? Senyap camtu je la kn?
Ini tak alih2 isu pondan, kak km, abg kayuh basikal nmpk bonjolan, artis kawin disentuh pompuan eihhh takde isu lain ke huh?
Yg kes bapa rogol anak sendiri, ustaz meliwat budak tahfiz buat2 buta? Adakah main dgn anak sendiri dah normal di mata lebai? Where is your priorities? You tell me.
Lantak ke dia lah.. dia bukan lagi Malaysia.
pekerja swasta takkan masih tak boleh fikir telah sekian lama kerajaan layan korang macam orang asing. gaji minima korang kerajaan tetapkan hanya RM1,200 tampa elaun kerja 6 hari seminggu berbanding kerja kerajaan gaji elaun hampir RM2,000 kerja 5hari seminggu dengan perlbagai kemudahan diberi ia jelas satu penghinaan kerajaan pada pekerja swasta.
Org sibok psl bajet ko sibok dgn pondan!
Jangan jadi ketua pemuda umno sudah…hancing lagi kuyop rakyat dikencing kwsp one-off 10k x kesampaian…. Huhu
udget paling bodoh dlm sejarah