fbpx

“Sajat Tak Rasa Bersalah Ke Pakai Macam Tu Pergi Kubur?”

Umum sedia maklum, status jantina usahawan komestik, Sajat masih lagi menjadi tanda tanya netizen. Sebelum ini Sajat dikatakan bakal di saman kerajaan negeri Kelantan apabila tampil bertudung ketika berkunjung ke negeri tersebut.

Kali ini lain pula ceritanya, dimana baru-baru ini Sajat ada memuat naik sebuah video menghadiri majlis pengebumian pengasas Dnars Skincare, Faziani Rohban.

BACA: Bertudung Di Kelantan, Sajat Bakal Disaman Kerajaan Negeri?

Menerusi entri tersebut, Sajat mendoakan untuk arwah semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan diampunkan segala dosa. Sajat juga meluahkan arwah seorang yang sangat baik dan ramai orang yang menyayangi beliau.

Bagaimanapun, perkongsian Sajat itu mengundang kecaman netizen yang mempersoalkan cara pemakaiannya. Netizen juga mendakwa Sajat seolah mempermainkan agama.

Biarpun ramai yang mengecam, masih ada segelintir netizen memberikan nasihat secara baik dengan mengharapkan usahawan kosmetik itu dibukakan hatinya untuk berubah.

Kata netizen lagi, diharap dengan menziarahi kematian dapat mengingatkan kita pada kematian yang akan kita lalui. Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Sajat.