fbpx

Sajat Tak Nak Balik Malaysia, Nanti Dituduh Bawa Malapetaka

Umum mengetahui, Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sebelum ini pernah mengatakan tidak sabar untuk pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun, terbaru Sajat mengatakan dia tidak mahu pulang ke Malaysia lagi. Menerusi satu video, Sajat berkata jika dia pulang pasti akan dituduh apabila terjadi malapetaka.

BACA: Sajat Tayang Selfie Depan Cermin Pakai Coli, Seluar Dalam Oren

“Hidup di Malaysia ni tertekan, orang kacau dengan Papagomo, pastu telefon JAIS tangkap itulah, inilah. Tak nak dah, cukuplah.

“Duduk di Malaysia, tak naklah aku. Gila nyah, aku tak nak. Orang Malaysia gila, nanti kalau aku balik, segala malapetaka, ribut taufan, gempa bumi, semua salahkan aku. Aku dah tak nak dah. Cukup! Cukuplah, aku dah tak nak dah,” katanya.

Sementara itu, Sajat berkata dia sebolehnya mahu membawa semua ahli keluarganya ke Australia kerana di Malaysia ada saja orang yang mencari salahnya serta tidak bebas melakukan apa yang diinginkan.

Bukan aku nak duduk sangat di Malaysia pun. Tak nak, aku kalau boleh nak bawa semua ahli keluarga datang sini. Janganlah duduk di Malaysia.

“Dengan orang Malaysia, dengan tingtongnya, gilanya.. banyak orang sakit jiwa. Semua tak boleh. Itu tak boleh, ini tak boleh. Aku jadi pondan pun kena saman,”katanya.

Dalam pada itu, Sajat berkata dia lebih selesa hidup di Australia dimana dia tidak perlu berpura-pura dan hidup bebas tanpa sekatan.

“Aku dah tak nak balik ke Malaysia lagi, sini pun semua ada. Aku tak nak berpura-pura, aku nak jadi aku sahaja. Duduk di sini bebas, kalau di sana mesti ada sekatan nak ke kelab semua tak boleh.

“Sebenarnya kan, orang macam saya ini, pondan, tak aman duduk di Malaysia. Betul, kalau duduk di Malaysia nanti, dia suruh kita berubahlah, jadi jantanlah, apalah, inilah. Tak boleh. Kita tak boleh tipu diri kita,” katanya.