fbpx

Sajat Pulang Ke Malaysia Sehari Awal, Tiba Pagi Semalam

Seperti umum mengetahui, usahawan kosmetik Nur Sajat, sepatutnya pulang ke tanah air daripada mengerjakan ibadah umrah pada 7 Februari iaitu pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, Harian Metro melaporkan Sajat bersama keluarga, rakan serta mutawwif sudah pun pulang ke Malaysia pagi semalam (Khamis), awal sehari daripada tarikh sepatutnya mereka pulang.

BACA: Masih Berpakaian Wanita, Sajat Kongsi Video Menangis Cium Kaabah

Sajat dikatakan membeli tiket penerbangan sendiri tanpa melalui agensi umrah Albayt Travel (M) Sdn Bhd, dan tiba di tanah air kira-kira jam 5 pagi.

Difahamkan, kepulangan mereka berjalan lancar, malah Sajat juga tidak ditahan pihak berkuasa Malaysia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai isu usahawan ini yang berpakaian wanita ketika mengerjakan ibadah umrah sedangkan pihak agensi pelancongannya yang membawanya mendedahkan Sajat mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar.