fbpx

Sajat Guna Kereta Api Lolos Ke Thailand, KTMB Jalankan Siasatan

Nampaknya hari ini hangat diperkatakan berita mengenai usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang telah pun ditahan di Bangkok, Thailand.

Namun, lebih kecoh apabila di media sosial ramai netizen mempersoalkan bagaimana Sajat boleh meloloskan diri ke Thailand.

BACA: Sajat Mohon Suaka Politik Kerana Sudah Keluar Islam?

Susulan itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menjalankan siasatan dalaman mengenai Sajat yang dikatakan meloloskan diri ke Thailand menggunakan gerabak keretapi di Padang Besar, Perlis.

KTMB dalam satu kenyataan memaklumkan, fasiliti dan terminal kargo KTMB dikawal ketat oleh pihak berkuasa seperti Polis Bantuan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Kontena kargo yang dibawa ke Thailand adalah milik syarikat perkapalan yang disewa oleh pelanggan KTMB di Malaysia dan Thailand.

“KTMB tidak bertanggungjawab di atas kandungan kontena berkenaan sama ada kontena kosong atau bermuatan,” katanya.

Menurutnya, setiap tren kargo yang membuat perjalanan merentasi sempadan antarabangsa perlu melepasi pemeriksaan yang diteliti oleh pihak berkuasa kedua-dua negara sempadan.

Difahamkan, proses itu membabitkan pemeriksaan dokumentasi dan fizikal ke atas gerabak serta barangan. Susulan itu,
KTMB akan menjalankan siasatan dalaman.

Terdahulu, laporan mendedahkan Sajat meloloskan diri dengan memakai purdah serta membayar RM20,000 kepada seorang lelaki untuk diseludup keluar dari Malaysia.