Baru-baru ini, akaun Instagram milik usahawan kosmetik Nur Sajat yang menggunakan nama @nursajat23 tidak temui. Tidak dapat dipastikan sama ada akaun tersebut telah dinyahtifkan atau sebaliknya.

Susulan kehilangan akaun tersebut, seorang pengguna media sosial mendedahkan akaun Nur Sajat telah dipadam oleh pihak Instagram selepas mendapat laporan daripada pengguna lain. Akaun tersebut dipadam kerana didakwa gagal mematuhi panduan media sosial tersebut.


BACA: Instagram Padam Akaun Nur Sajat?


Namun, beberapa hari lalu Sajat kembali dengan akaun baru dengan menggunakan nama Nur Sajadiah. Perkara tersebut dikongsikan oleh kekasihnya, Coach Yin menerusi akaun Instagramnya.



Menerusi perkongsian terbarunya, Sajat mengatakan pasti ramai netizen di luar sana yang merinduinya.

Baru saja beberapa hari, akaun Instagram menggunakan nama @nursajadiah itu sudah mempunyai jumlah pengikut 43 ribu orang.