fbpx

Sajat Beli Kereta Mewah Harga Setengah Juta

Meskipun berdepan kecaman netizen susulan tindakannya memuat naik foto dan video hanya memakai bikini sahaja, bagaimanapun usahawan kosmetik Nur Sajat dilihat tenang menjalani kehidupannya seperti biasa.

Lebih menjadi perhatian apabila usahawan itu berkongsikan bahawa dia kini memiliki sebuah kereta mewah baru. Menerusi perkongsian di Instagram, difahamkan Sajat membeli kereta mewah Mercedes-Benz edisi SL63 5.5 BRABUS 730.

BACA: “Sajat Lebih Bahaya Dari Covid-19, Tolonglah Jakim Ambil Tindakan”

Hasil tinjauan mendapati, harga bagi sebuah kereta itu dianggarkan bernilai RM 585,000. Sebelum membeli kereta tersebut, Sajat ada mengiklankan sebuah kereta mewah miliknya jenama BMW model X2 berwarna kuning keemasan untuk dijual.

Menurut Sajat, dia terpaksa menjual kereta berkenaan memandangkan dia mempunyai banyak kereta dirumah dan ianya jarang digunakan.

Baru-baru ini Sajat dikecam teruk oleh netizen sehinggakan beberapa golongan pendakwah meminta supaya orang ramai memboikot produk dan perniagaannya. Malah, ada yang menggesa pihak Jakim mengambil tindakan terhadap usahawan itu.