Genap 7 hari selepas kelahiran cahaya mata pertama mereka, Saharul Ridzwan dan isteri telah berkongsikan nama anak mereka, Muhamad Luth Ali, membawa maksud – yang mulia dan tinggi kedudukan dalam satu majlis tahnik yang dilakukan oleh Finalis Akademi Al-Quran TV9 iaitu ustaz Tarmizi Abdul Rahman.


“Alhamdulillah selesai majlis Tahnik yang dibimbing oleh ustaz Tarmizi. Hari ini jatuhnya hari ke tujuh selepas kelahiran anak saya, saya dan suami menamakan anak kami Muhammad Luth Ali Bin Saharul Ridzwan”

“Membersarlah dengan sihat dan bijak anakku, sayanyi Allah, sayangi RasulNya, sayangi agamaNya, sayangi ibu-bapamu, InsyaAllah syurga buat kita,” antara kata kata isteri Saharul iaitu Qaabila Deena Emir dalam perkongsiannya di Instagram.

Sehingga kini, Saharul dan isterinya masih belum berkongsikan wajah anak mereka. Muhammad Luth Ali lahir pada 6 Jun lalu. Semoga keluarga ini kekal bahagia dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)