fbpx

Saharul Ridzwan Pilih Nama Anak Kedua Fateema Azzahra

Selamat menimang cahaya mata kedua pada 13 Jun lalu, akhirnya Saharul Ridzwan mendedahkan nama anak perempuannya yang diberi Fateema Azzahra. Perkara itu dikongsikan oleh Saharul menerusi Instagram selepas sembilan hari kelahiran puterinya itu.

Dalam pada itu, Saharul turut berkongsikan foto majlis cukur jambul Fateema yang dikendalikan oleh penceramah selebriti, Ustaz Tarmizi Abd Rahman, bagaimanapun tidak didedahkan wajah anaknya itu.

BACA: Saharul Ridzwan Bengang Bil Elekritk Cecah RM1,000

Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memuji keindahan nama yang diberi serta mendoakan agar Fateema menjadi anak solehah.

Minggu lalu, isterinya Deena Amir selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.305 kilogram  secara pembedahan C kecemasan (emergency C Section).

Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Luth Ali, 2 tahun.