Baru-baru ini, perkongsian isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada di Insta Story menjadi perhatian apabila memuat naik semula hantaran daripada kenalan lamanya.

Menerusi perkongsian tersebut, Shuhada mendedahkan mesej rakannya mendakwa ada seseorang yang toksik menghalang mereka untuk berkawan.


BACA: Netizen Mula Menyampah Dengan Pendedahan Shuhada?

Difahamkan, individu yang dimasukkan itu dipercayai Hafidz kerana mereka tidak lagi berhubung selepas Shuhada berkahwin pada 2016.

“Kepada sahabat lama saya. Awak tahu awak siapa. Sejujurnya, awak bukan sahaja seorang kawan malah saya dah anggap seperti adik sendiri.


“Kita sudah tidak lagi berhubung selepas awak kahwin pada 2016 – persahabatan dihalang oleh orang yang toksik tu,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu, rakannya turut meluahkan rasa syukur dapat berhubung semula selepas tujuh tahun.

Sementara itu, Shuhada yang memuat naik semula hantara rakannya itu dengan meluahkan rasa syukur serta emoji mengalirkan air mata.

Terdahulu, satu demi satu pendedahan dibuat Shuhada termasuk kisah kecurangan suaminya dengan seorang wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.

Pada 22 Februari lalu, Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui telefon bersaksikan keluarga masing-masing.