fbpx

Safiey Illias Dikecam Teruk Sebab Tayang ‘Punggung’?

Belum habis lagi bulan Ramadan, masih ada lagi pihak yang dilihat tidak menghormati bulan mulia ini dengan memuat naik foto atau video yang tidak sepatutnya.

Terbaru, usahawan kosmetik Safiey Illias sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia memuat naik video di Instagram sambil menunjukkan ‘aset’ miliknya.

https://instagram.com/p/Bj3qJNvla5M/?utm_source=ig_embed

Seperti sudah dijangka, video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan rata-rata mereka mengecam tindakan Safiey yang dilihat tidak peduli dengan teguran yang pernah diberikan sebelum ini. Tidak kurang juga ada meluahkan rasa jijik dengan video tersebut.

Ada juga netizen berpendapat, jika mahu lakukan untuk tujuan pemasaran, masih banyak cara viral lain untuk mempromosikan produk.