Safiey Ilias Akan Masuk Pusat Rehabilitasi
Lama rasanya tak dengar cerita mengenai usahawan kontroversi, Safiey Ilias. Terbaru, Safiey memaklumkan akan masuk ke pusat rehabilitasi minggu hadapan.
Memetik Harian Metro, Safiey berkata dia dinasihatkan untuk menjalani rawatan sakit mental berikutan tahap kesihatan mental dialami semakin kronik dan membimbangkan doktor yang merawatnya.
BACA: “Orang Komen Kata Suara Saya Sedap” – Safiey Ilias
“Kalau tak masuk pusat rehabilitasi dibimbangi saya akan buat perkara di luar jangkaan iaitu bunuh diri.
Insya-Allah minggu depan saya dah kena masuk pusat rehabilitasi. Perkara ini dicadang dan dinasihatkan oleh doktor psikiatri, Dr Rafidah yang merawat saya sejak 2015 lagi. Katanya, ia bagus demi masa depan saya.
“Jika terus dibiarkan, dia risau saya ambil dadah pula dan rosakkan diri dengan bermacam-macam lagi. Jadi, baik bertindak sekarang sebelum menjadi lebih parah. Dia beritahu saya juga, di tempat itu sudah ramai yang sembuh,” katanya.
Turut memohon doa agar dia berjaya pulih, Safiey berkata urusan perniagaannya diserahkan sementara pada bapa dan adik sepanjang dia mendapatkan rawatan.
“Saya akan menyerahkan urusan perniagaan kepada adik dan ayah sementara saya dalam proses berehat dan dirawat. Doakan saya. Maafkan saya jika sudah mengecewakan ramai orang.
“Berilah saya peluang selepas saya berjaya memulihkan jiwa dan raga saya. Kepada mak dan ayah, ampunkan saya. Saya banyak kecewakan ayah. Berikan saya peluang terakhir tebus salah. Ampunkan aku ya Allah,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
hidup mcm takder iman. pulang pad fitrah insyaALLAH mental akan stable semula
Bala diturunkan pada kaum bani LGBTQ
sebangsat2 safiey ni dia msh ada rasa takut & hormat rumah Allah ke mekah tetap jd lelaki bkn mcm yg sekor tu..
Apple, dlm kau puji si safiey ni kau kata dia bangsat kau ingt bagus sgt ke bahasa kau tu..masyaallah teruknya kau ni
kecelaruan identiti dan hormon yg teruk. tp nampak dia berusaha utk melawan sampai sampai dia psiko. perlu dptkan nasihat dari pihak yg pakar dan terus sujud kepada Nya dan tawakal…
Hmmm.. Business dh x laku lah tu.. Pasni dia ckp dia dh berubah.. Pastu rakyat pun kesian support business dia balik.. Then tibe2 dia ckp “sy dh jadi ppuan balik..”
Dia dah lama rancang, rakyat je lalai..
Hmmm.. Business dh x laku lah tu.. Pasni dia ckp dia dh berubah.. Pastu rakyat pun kesian support business dia balik.. Then tibe2 dia ckp “sy dh jadi ppuan balik..”
Dia dah lama rancang, rakyat je lalai.. hmmm
Sampai AJM
Elok Safiey ni bawak Shuib sekali ke pusat tu. Kan mamat Shuib ni asyik dok meroyan dan meraban. Tak habis-habis. Sebab mahu orang ucapkan simpati kat dia Uweerk!!
Aku cadangkan masuk wad gila ….
Aku cadangkan masuk wad gila …. Duduk sana lama sekit ok