fbpx

“Orang Komen Kata Suara Saya Sedap” – Safiey Ilias

Pasti ramai tahu baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida muncul dengan lagu terbaru berjudul Ku Ikhlaskan mendapat kritikan dan kecaman ramai.

Tidak kurang juga, ramai membandingkan nyanyian Vida dengan usahawan Safiey Ilias yang dianggap jauh lebih baik dalam lagi Syinta Gila dan Apa Salah Syinta.

BACA: Jual Semua Aset, Safiey Ilias Nak Pindah & Mulakan Hidup Baru Di Thailand?

Menurut Syafie, dia mengikuti kelas Cikgu Shafi yang juga merupakan guru vokal program Akademi Fantasia dan Big Stage 2022.

“Netizen pernah tanya Cikgu Shafi apabila Iqbal Zulkifly menjadi peserta program itu. Saya ada baca komen yang mana agak terkejut apabila nama saya di ‘tag’ oleh warganet di ruangan komen di Facebook, Instagram dan YouTube.

“Nak ketawa pun ada juga. Sebab mereka komen suara saya sedap dalam lagu Syinta Gila hasil tunjuk ajar Cikgu Shafi.

“Kalau nak tahu, saya ikut hampir lapan sesi sebagai persediaan sebelum merakamkan lagu itu. Tak bolehlah setakat berlatih satu atau dua sesi dan terus nak bertanding dalam program nyanyian hebat,” katanya.

Dalam pada itu, Safiey berkata tidak adil jika ada yang mahu membuat perbandingan vokal antara dirinya dengan Vida atau Iqbal kerana genre lagu yang dinyanyikan mereka juga berbeza.

“Kami bukan penyanyi, tapi kami cuba untuk menyanyi. Jika ada banyak kekurangan adalah wajar. Cuma, apa boleh dibuat adalah belajar, cari inisiatif dan jangan sekerat jalan. Kalau boleh janganlah bandingkan kami. Lagipun, lagu kami genre berbeza.

“InsyaAllah, saya pun ada perancangan nak teruskan belajar kelas vokal dengan Cikgu Shafi. Bagi saya, ia satu terapi dan dapat menghilangkan rasa tekanan. Saya seronok. Cikgu Shafi pun banyak membantu,” katanya.