fbpx

Ryan Bakery Tersinggung Dituduh Sombong, Besar Kepala

Sebut saja nama Ryan Bakery, pasti ramai tahu pemuda itu sering tampil dengan yang video mengimbau zaman kanak-kanak dan persekolahan sehingga mendapat jutaan tontonan di aplikasi TikTok.

Namun, populariti diraih pemuda itu menyebabkan dia dituduh sombong dan besar kepala apatah lagi Ryan kini bergelar pelakon filem.

BACA: Ramai Bersorak Teruja Tengok Ryan Bakery Muncul Di Sepahtu Reunion

Memetik mStar Online, Ryan mengakui tersinggung dengan tuduhan berkenaan namun menyifatkan ianya lumrah selepas terjun ke dalam dunia seni.

“Apabila ada yang katakan saya sombong, ada juga rasa tersinggung tapi saya terbuka dan terima dengan hati kerana setiap individu mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri.

“Lagi pun, sebagai manusia biasa sukar untuk kita puaskan hati semua orang. Saya terima saja apa pandangan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ryan menjelaskan meskipun dia kini dikenal ramai namun  tidak mengubah dirinya yang suka berjenaka dan ‘masuk air’. Ujarnya, tanpa netizen yang memberikan sokongan dirinya bukan siapa-siapa.

“Saya faham, mereka hanya melihat apa yang saya paparkan di media sosial tetapi tidak mengenali saya secara peribadi. Melihat dan menilai itu mungkin berdasarkan bahasa tubuh atau reaksi wajah sahaja. Kalau ada yang ingin tahu, boleh datang dan tegur saya. Saya ini sebenarnya ‘masuk air’ dan ‘gila-gila’.

“Tiada sebab untuk saya bersikap sombong kerana pengikut di media sosial yang banyak memberikan sokongan kepada saya. Tanpa mereka, saya bukanlah siapa-siapa,” katanya.