fbpx

Rutin Mandi Bersama Kunci Kebahagiaan Janna Nick, Dini Schatzmann

Sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka, pelakon Dini Schatzman dilihat ada memuat naik video ucapan istimewa buat isteri tercinta, Janna Nick.

Menerusi video itu, Dini turut berkongsi mengenai rutin harian mereka termasuk mandi bersama setiap malam sebaik saja pulang dari kerja sebelum solat berjemaah.

BACA: “Siapa Berani Sentuh Dini, Saya Tak Kisah Masuk Penjara” 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dini Schatzmann (@dinischatzmann)

“Antara rutin kegemaran yang kami tidak kongsi adalah setiap malam apabila kami pulang, tak kiralah, jika salah seorang daripada kami pulang awal, kami akan tunggu untuk mandi bersama.

“Selepas mandi kami akan solat dan saya akan sikat rambut isteri sebelum kami tidur. Itu adalah rutin terbaik yang kami lakukan. Kalau kami tidak sempat buat rutin itu, rasa hidup kami tidak lengkap,” katanya.

Sementara itu, Dini berkata kenangan menunaikan umrah di Tanah Suci sebagai lokasi bulan madu, merupakan detik terindah yang sukar dilupakan.

“Kenangan kegemaran saya ialah pergi bersama menunaikan umrah. Awak berjaya membuatkan perancangan ke sana itu berjaya.

“Saya berasa pengalaman ke sana itu sangat bermakna dan perkara itu juga terbaik untuk permulaan rumah tangga kita,” katanya.

Terdahulu, Dini dan Janna selamat diijabkabulkan di sebuah resort mewah di Langkawi pada 10 Jun tahun lalu.