fbpx

Sebut sahaja rangkaian restoran khidmat segera McDonald’s pasti anda terbayang menu-menu McDonald’s yang sedap tu kan? Lagi-lagi menu ayam goreng pedas McD, uihhh sekali makan terasa bahang pedas di mulut dan berasap telinga. Terliur pula bila sebut ayam goreng McD ni!

Tapi kali ini, kami bukan nak cerita pasal menu ayam goreng McD atau menu terbaru McD. Kami ingin berkongsi dengan anda apa yang dilakukan oleh syarikat terkenal ini setiap tahun. Paling menarik McDonald’s bukan sahaja menyediakan menu-menu yang gempak buat pelanggannya, malah McDonald’s juga turut turun padang dalam menjaga kebajikan pelanggan.

Kalau anda boleh lihat sendiri aktiviti yang dijalankan oleh McDonald’s ini pasti anda terasa ingin sertai bersama! Nak tahu apa yang McDonald’s lakukan? Jom kami belanja anda gambar-gambar havoc yang kami dapat.

1. Sambutan Tahun Baru Cina Bersama Warga Emas

Tidak hanya tertumpu kepada kanak-kanak, McDonald juga mengambil peluang untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama golongan emas. Selama empat tahun berturut-turut, pekerja McDonald telah mengunjungi rumah orang tua untuk memberi semangat dan kebahagiaan dalam menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Boleh dikatakan ini salah satu program tradisi McDonald’ Malaysia setiap tahun. Jika nak digabungkan pada mulanya program ini diperkenalkan pada tahun 2017, anggota krew restoran McDonald’s Malaysia telah mengunjungi lebih dari 250 rumah orang tua di seluruh negara, dan melibatkan lebih daripada 10,000 penghuni rumah.

Wow, memang kami kagum lah dengan tradisi yang dibawa oleh McDonald’s Malaysia ni, tak semua syarikat mampu lakukan program sebegini.

2. Rebut Peluang Iftar Bersama Anak Yatim

Kalau anda nak tahu pada tahun 2018 dan 2019, McDonald’s Malaysia juga telah mengadakan sesi buka puasa di rumah anak-anak yatim.

Pada tahun 2018, lebih daripada 500 kanak-kanak dari 12 rumah anak yatim dan rumah anak-anak di seberang Selangor dijemput untuk majlis buka puasa. Setiap rumah anak yatim dan anak-anak menerima RM10,000, sementara setiap anak menerima duit raya.

Imbas kembali tahun 2019, McDonald’s juga turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim yang dianjurkan bersama-sama dengan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), Pusat Pungutan Zakat, dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Majlis Iftar Bersama Anak-Anak Yatim di Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsu Maju, Kuala Lumpur. Seramai 500 orang anak-anak yatim dari Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Rumah Perlindungan Nur Qaseh, Rumah Anak Yatim Nur Iman Danau Kota Setapak, Titian Kasih, Pusat Jagaan Kasih Murni, Darul Fikir, Baitul Hasanah, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Ulin Nuha, Rumah Penyayang Darul Ilmi dan Baitul Ehsan menjadi tetamu khas pada malam ini. Setiap rumah kebajikan menerima sumbangan sebanyak RM5,000 dari RMHC.

3. Sambutan Hari Guru

Setiap tahun sempena Hari Guru di Malaysia, sambutan Hari Guru diadakan di seluruh restoran McDonald’s secara besar-besaran. Ini juga salah satu cara McDonald’s menghargai jasa pendidik dengan memberikan ‘me time’ kepada keluarga pendidik sambil dihidangkan dengan menu McDonald’s yang menjadi kegemaran pelanggannya.

Perhimpunan ini merangkumi aktiviti permainan, sesi foto, dan pelbagai lagi acara menarik demi untuk meraikan hari guru dalam memupuk generasi masa depan negara.

4. Aktiviti sempena Hari Kanak-kanak

Paling menarik, bukan sahaja McDonald’s mencipta menu untuk kanak-kanak malah mereka juga turut mengadakan program komuniti McDonald’s bersama kanak-kanak sekaligus dapat menghiburkan hati pelanggan-pelanggan cilik mereka ini dengan pelbagai aktiviti menarik.

Sepanjang bulan Oktober krew McDonald’s akan melakukan aktiviti bersama pelanggan ciliknya Misalnya melawat taman rama-rama, mengadakan peraduan mewarna, melawat ward pediatrik untuk menceriakan pesakit dan banyak lagi lah. Kalau anda nak tahu ke mana team McD pergi jom layan gambar di bawah.

5. Program Gotong Royong Untuk Menyambut Keluarga Pesakit Pediatrik

Bersempena pembukaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia bagi menyambut keluarga pesakit pediatrik yang mendapat rawatan di Hospital USM dan hospital-hospital sekitarnya, pihak Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) telah mengadakan majlis gotong royong.

6. Sumbangan Makanan Untuk Para Petugas Hadapan Covid19

Bukan itu sahaja, McDonald’s Malaysia juga turut menaja makanan kepada 50 hospital di seluruh negara secara berkala dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

Penajaan makanan ini memanfaatkan lebih 40,000 petugas kesihatan. Secara keseluruhan, McDonald’s Malaysia telah membuat penghantaran makanan kepada kira-kira 200,000 petugas barisan hadapan termasuk polis dan anggota tentera di seluruh negara.

7. Program #KitaJagaKita

Semua sedia maklum yang negara kita kini sedang dilanda wabak berbahaya Corona Virus 19 (Covid19). Dalam kita berjuang melawan penyakit berjangkit ini, McDonald’s Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor berganding bahu melalui program #KitaJagaKita untuk menyebarkan mesej pencegahan COVID-19. Program ini mendekati lebih 35,000 murid, melibatkan 30 sekolah terpilih sekitar Lembah Klang yang berhampiran dengan restoran McDonald’s

McDonald’s Malaysia menyumbang lebih 1,000 mesej pencegahan COVID-19 untuk diletakkan di persekitaran sekolah-sekolah ini. Mesej-mesej yang disumbangkan adalah dalam bentuk poster, papan tanda, dan juga pelekat yang bertujuan memberi kesedaran tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mencegah penularan COVID-19.

Pengiktirafan Sumbangan Kemasyarakatan

Komitmen McDonald’s Malaysia dalam melaksanakan pelbagai inisiatif kemasyarakatan secara berterusan mendapat pengiktirafan menerusi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Kemampanan dan CSR Malaysia 2020 (Sustainability & CSR Malaysia Award) tiga tahun berturut-turut.

McDonald’s Malaysia juga telah menerima pingat gangsa PR Awards 2020 daripada A&M bagi kategori Penglibatan Sosial untuk Komuniti Bersasar pada bulan Ogos tahun ini dan Anugerah Kecemerlangan CSR Halal pada Persidangan Halal Sedunia tahun lalu.

Pelbagai aktiviti yang bermanfaat dilakukan oleh syarikat ini. Memang kami kagum habislah. Selama ini ingatkan hanya sediakan menu yang sedap-sedap jer, rupanya ada juga aktiviti yang disimpan untuk saham akhirat.