fbpx

“Rupanya Baran Saya Itu Berpunca Daripada Hipertiroid”

Isnin lalu, penyannyi rap Caprice berdepan detik cemas apabila sukar untuk bercakap seolah mengalami serangan jantung dan separuh badannya seperti diserang angin ahmar.

Susulan itu, Caprice dimasukkan ke hospital dan menerusi hasil ujian darah, doktor memaklumkan penyanyi rap itu mengalami masalah hipertiroid.

BACA: Caprice Sakit Hati Diejek Acah-Acah Speaking, Pelat

Menurut Caprice, dia tidak menyangka perubahan emosi dan sifat barannya itu berpunca daripada penyakit berkenaan. Ujarnya, dia akan dirawat selama seminggu bagi memantau kesihatannya.

 

“Siapa sangka perasaan dan emosi bercampur baur serta baran yang selama ini disangkakan berpunca daripada ‘anxiety’ rupa-rupanya kesan dari hipertiroid.

“Insya-Allah saya boleh menghadapi perkara ini. Saya berharap dapat pulang secepat mungkin, namun terpaksa menangguhkan hasrat itu.

“Doktor menyarankan saya untuk berada di hospital selama seminggu. Tidak dinafikan, perniagaan saya jatuh teruk akibat keadaan ini. Namun, saya akan pastikan semuanya kembali pulih seperti biasa,” katanya.

Untuk pengetahuan anda, hipertiroid atau hipertoroidisme adalah penyakit di mana kadar hormon tiroid terlalu tinggi di dalam tubuh.