Rumah Tangga Pernah Dikacau Penyondol, Amyza Aznan Salahkan Diri Sendiri

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila pelakon Amyza Aznan memberi gambaran mengenai rumah tanggnya berantakan namun tidak mendedahkan kemelut sebenar melanda perkahwinannya.

Memetik mStar Online, Amyza menyangkal dakwaan tersebut serta memaklumkan perkahwinannya bahagia dan dalam keadaan baik. Bagaimanapun, pelakon itu akhirnya membuka mulut mengenai hal rumah tangganya yang pernah berdepan kemelut kerana orang ketiga.

BACA: Terlalu Kuat Bekerja, Amyza Aznan Jatuh Sakit

“Biasalah lelaki ini, ada masanya nakal sikit. Kalau kita terlampau kawal mungkin dia boleh bertindak begitu.  Tetapi rumah tangga saya sekarang Alhamdulillah bahagia. Saya isteri pertama selamanya! Apabila dia datang semula kepada kita dan berjanji nak betulkan keadaan saya terima,” katanya.

Amyza bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya melihat kekurangan diri yang mungkin menjadi punca suaminya mempunyai hubungan lain.

“Bertepuk sebelah tangan memang tidak berbunyi. Tapi saya lihat perkara ini berpunca daripada saya sendiri kerana tidak menjadi seorang isteri yang sempurna.

“Apabila semua perasaan was-was itu kita buang jauh-jauh dan reda apa yang berlaku, itu membuatkan kita lebih tenang dan tidak mudah marah,” katanya.

Dalam pada itu, Amyza turut menitipkan nasihat kepada pasangan berkahwin di luar sana sentiasa menjaga keharmonian rumah tangga.

“Kalau sayangkan hubungan, perbaiki segala kesalahan dan bukan mencari kesalahan. Kalau tak boleh juga, tepuk dada tanyalah selera,” katanya.

Amyza berkahwin dengan Khairil pada 2004. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Andrian Adam dan Ayden Andika.

×