fbpx

Rumah Tangga Diana Danielle, Farid Kamil Goyah?

Jika dilihat pasangan, Diana Danielle dan Farid Kamil begitu bahagia sekali, apatah lagi ditambah dengan dua orang cahaya mata yang melengkapkan lagi kehidupan mereka. Namun baru-baru ini, rumah tangga mereka dikatakan goyang apabila Diana dikatakan hadir ke Mahkamah Syariah pada minggu lalu. Bagaimanapun, ketika ditanya mengenainya beliau enggan menyatakan sebabnya.

BACA: Diana Danielle: Saya Selamat Je Bersalin Dalam Air

“Perkara itu memang benar, tetapi untuk apa, ia terlalu peribadi untuk dinyatakan. Usia perkahwinan kami masih terlalu muda. Empat tahun berkahwin belum cukup untuk saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam. Kadang kala, perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.

Sementara itu, Diana yang sebelum ini pernah menghilangkan diri dari dunia seni selepas bernikah dengan pelakon dan pengarah terbabit dilihat mula aktif menghadiri acara hiburan akhir-akhir ini sehingga menimbulkan persoalan dan spekulasi mengenai status perkahwinan mereka. Apakah Diana kembali ke dunia hiburan sebagai persediaan jika perkahwinannya berakhir.

Walaupun masih berteka-teki mengenai status perkahwinannya, rumah tangga Diana dan Farid dikatakan sudah bergolak sejak beberapa bulan lalu lagi. Dalam masa yang sama, Diana juga mengakui bahawa setiap perkahwinan ada pasang surutnya. Perselisihan berpanjangan juga dikatakan mendorong Diana untuk mendapatkan khidmat nasihat peguam syariah.

Pasangan ini telah berkahwin pada tahun 2012. Hasil perkahwinan, Farid dan Diana telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhamad yang berusia 3 tahun dan Nur Aurora yang berusia setahun. Apapun benar setiap perkahwinan ada pasang surutnya, diharap apa pun jua masalah yang sedang dihadapi mereka dapat diselesaikan dengan cara baik. (rkty/w)