fbpx

Kemelut mengenai harta peninggalan Allahyarham Abam Bocey antara adiknya Ali Puteh serta kakak iparnya, Siti Norhidayah masih tiada kesudahan lagi.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Ali tampil menjelaskan dia tiada masalah jika Hidayah datang tanpa membuat rakaman atau video.

BACA: Mahu Bayar RM60,000 Secara Ansuran, Peguam Belum Terima Apa-Apa Daripada Ali Puteh

Menurutnya, susulan video dibuat malah turut meminta untuk diviralkan dia dikecam teruk oleh netizen. Malah, Ali berkata tiada siapa melarang Hidayah mahupun keluarga untuk datang

“Pihak sana datang ke rumah, dakwa tak ada orang buka pintu, tak bagi masuk. Apa motif untuk kau berbuat begitu? Kau sebarkan video tu, siap minta viralkan video itu.

“Niat mereka datang ke rumah itu, wallahualam. Ada komen netizen kata dia datang untuk tengok rumah dia. Nak datang, datanglah tapi janganlah buat video kata kita tak buka pintu, tak bagi masuk. Kita tak pernah larang pun siapa-siapa yang nak datang ke situ,” katanya

Mengulas mengenai komen didakwa jiran bersuara serta mendakwa nampak Ali di rumah berkenaan, pelawak itu meminta individu berkenaan tampil memberikan bukti. Jelasnya rumah tersebut masih dalam urusan faraid dan sesiapa sahaja boleh datang ke rumah berkenaan.

“Ada juga terbaca komen itu. Kalau betul jiran yang kata nampak saya dan keluarga di situ, tampil ke depan. Tak payah panggil media, buat video dan jumpa saya di sini.

“Awak ingat fake akaun (FB) Tuhan tak nampak? Tuhan nampak. Kalau betul saya ada di situ, buktikan.”

“Kalau kata niat dia macam mana soalan itu tadi, datanglah. Kenapa nak halang? Nak kata itu rumah kita pun bukan, rumah engkau pun bukan, benda itu kan masih dalam urusan faraid. Siapa yang nak datang tu, datanglah.

“Tapi persoalannya, video awak itu menimbul persepsi pada orang lain yang mengatakan kita ini jahat,” katanya.

Ditanya adakah Hidayah datang untuk menuntut bayaran saman RM60,000, Ali berkata dia menyerahkan perkara itu kepada peguam serta enggan mengulas lanjut kerana perkara itu tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Benda ini saya serahkan kepada peguam dan saya minta nasihat daripada peguam macam mana nak uruskan dan selesaikan. Tetapi perkara itu saya tak boleh dedahkan di sini.

“Tapi awak jangan risau, jawapannya senang.. saya akan bayar bergantung kepada kemampuan kita untuk bayar secara lumpsum atau secara ansuran. Maknanya tuntutan itu akan dibayar juga,” katanya.