Kecoh di media sosial apabila sebuah rumah teres yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor bakal dilelong dan telah pun diletakkan di bawah senarai lelongan awam pada 22 Januari.
Apa yang membuatkan ia kecoh apabila nama pemilik rumah teres dua tingkat itu adalah atas nama Farid Kamil Zahari.
BACA: Farid Kamil Rindu ‘Bau’ Keluarga, Tak Henti Doa Untuk Kembali Bahagia
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada penama rumah berkenaan merujuk kepada pelakon popular berkenaan atau individu lain yang kebetulan mempunyai nama serupa.
Rumah dengan keluasan 1,760 kaki persegi itu dikatakan telah dibeli pada tahun 2011 berada di bawah pemilikan Bumiputera dan bakal dilelong pada harga bermula RM522,000.
Ketika ini berita tersebut menjadi bualan di media sosial dan netizen mula membuat pelbagai andaian. Apa pun sama-sama kita nantikan pengesahan dari Farid Kamil sendiri.
SUMBER: mStar Online