fbpx

Rumah Ebit Lew Digeledah Polis

Petang tadi, tiga buah kenderaan dipercayai milik polis dilihat memasuki kawasan kediaman pendakwah terkenal, Ebit Lew di Setia Alam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pihaknya melakukan penggeledahan berkenaan bagi melengkapkan siasatan selepas keterangan pendakwah itu diambil.

BACA: “Saya Maafkan Sesiapa Yang Cuba Jatuhkan Saya”

“Kita bukan menyerbu rumah beliau (Ebit Lew) sebaliknya hanya proses menggeledah bagi melengkapkan proses siasatan,” katanya.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada terdapat rampasan barangan bagi melengkapkan siasatan tersebut.

Siang tadi, Ebit Lew hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai saksi untuk membantu siasatan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengannya seperti yang tular baru-baru ini.