Rumah Ebby Yus Lenyap Dihanyutkan Air
Rumah impian yang dibina pelawak Ebby Yus, hasil duit lebih 30 tahun dalam industri seni musnah sekelip mata musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras di Kuala Langat semalam.
Ebby berkata dia mengalami kerugian hampir RM200,000 apabila rumah yang hampir siap dibina di tanah setengah ekar lenyap begitu sahaja.
BACA: Ebby Yus Dedah Peminat Wanita Masukkan RM30,491.93 Dalam Akaunnya
Bercerita mengenai insiden tersebut, Ebby berkata dia bersama pembantu peribadi pergi melihat kerja-kerja akhir pembinaan rumah dua tingkat itu termasuk proses memasang kertas hiasan dinding, tengah hari Jumaat semalam.
View this post on Instagram
“Tanpa disangka, musibah datang hingga habis rumah yang dibina menggunakan separuh batu dan separuh lagi kayu ‘lenyap’ dalam kejadian banjir, petang semalam.
“Inilah rumah impian saya sejak lebih 30 tahun berkecimpung dalam arena seni. Saya akur dengan ketentuan ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ebby berkata kerja pembinaan rumahnya itu dilakukan sedikit demi sedikit dan sudah beberapa kali terhenti kerana dia jatuh sakit serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Setiap kali dapat bayaran berlakon, saya peruntukkan untuk rumah itu. Kali terakhir selepas dapat bayaran daripada penerbit sitkom Jenaka Kampung Kalut ( JKK), saya lunaskan baki bayaran projek pembinaan rumah itu.
“Sebelum ini, projek pembinaan bertukar kontraktor kerana masalah tidak terduga… Biasalah, kerja bina rumah semuanya perlukan wang,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Innalillahi wainnailaihi rojiun… Semua ni milik Allah, jika dia kehendaki maka tiada yg mampu menghalang. Apa yg Allah beri semua adalah pinjaman sementara utk kita guna masa hidup yg sngt singkat ini. Jika Allah nk musnahkan semua nikmat yg kita pinjam sekejap ini xde sapa mampu buat apa2 utk halang.
Wehhhhhhh… kat mana ni?? Aku pn kuala langat jugak,tp aduh.. kesian nya abby yussssss.. faham sgt2,sbb kita pn tau belanja buat rumah tu byk.. aku pn kalut2 betulkan bumbung dan rumah bln 8-9 sbb dh x pkp.. xleh byg klu x renovate,mmg habis banjir
Rasa umah dia ni kt Jelebu Kuala Kelawang. Sian umah kayu separuh batu tu cantik dah xde rezeki reda je laa..
Dia sebut ke jelebu? Kan dia sebut kuala langat kat post tu??
Semoga Allah permudahkan urusan dia.
Next time buat rumah baru, buat piling..kukuh.. insyaallah.