fbpx

Walaupun baru nak masuk bulan Ramadhan, tapi kami yakin ramai dikalangan korang yang mood hari raya dah onz kan ? Ala, korang mesti dah start survey baju raya kan? Al maklum lah nak baju raya in trend, kena lah survey dari awal. Tak lah melepas nanti.

Bab-bab survey ni selalunya geng mak-mak yang paling laju, nak-nak lagi yang nak sedondon di hari lebaran. Bukan mudah nak cari parten atau warna baju sedondon ni. Memang kena buat kerja dari awal, kalau lambat takut carca marba pula. Hihi.

via GIPHY

Tapi kan, nak juga lah tanya korang, bab rumah tu dah ready ke belum. Takkan hari raya nanti baju jer nak baru, rumah perlu juga dapat suasana baru! Kalau bukan perkakas barang rumah baru pun, at least susun atur tu berubah lah juga. Baru dapat aura hari lebaran orang kata.

Sebut bab perkakas rumah dan susun atur ni, kami nak kongsi dengan korang terutamanya geng mak-mak yang sudah semestinya pagi lebaran nanti akan melekat di dapur dan boleh dikatakan orang yang paling penat menghiasi rumah malam raya.

Ruma Ada Segalanya

Sebelum geng mak-mak ni runsing memikirkan apa yang perlu nak dibuat dengan rumah korang tu. Apa kata terjah dulu Facebook, Instagram atau TikTok Ruma. Dekat situ nanti, banyak idea yang korang boleh dopat. Korang juga boleh ikuti susunan perabot yang Ruma dah sediakan untuk korang sebagai rujukkan.

Bagi yang belum tahu, Ruma adalah jenama perabot di Malaysia yang sudah bertapak selama 6 tahun dalam pasaran dengan mempunyai 2 kedai runcit pada masa ini dan kedai dalam talian di laman web rasmi Ruma. Menariknya, Ruma juga menawarkan perkhidmatan delivery di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Bukan tu sahaja, selain daripada harga perabot yang berpatutan, Ruma juga bakal menjadi port wajib geng mak-mak singgah disebabkan tawaran beli sekarang bayar kemudian dan lebih buat geng ini teruja sekali bila ada pelan ansuran 6-12 bulan dengan faedah 0%!

Memang sesuai sangat untuk korang yang nak perkakas baru di hari lebaran nanti. Selain dapat perabot yang baru, rumah korang juga akan dipuji oleh geng mak cik bawang yang sentiasa perhati perabot baru di rumah tu nanti!

Siap Ada Pemasangan Percuma Lagi, Jimat Duit!

Jangan tak tahu, di Ruma juga ada pemasangan percuma yang akan diberi kepada semua pelanggan Ruma. Memang kali ni jimat banyak duit korang, dah tak perlu upah orang nak pasang perabot baru plus korang pun tak perlu bazirkan peluh korang untuk pasang perabot. Bagi jer geng Ruma pasang!

Paling best, berdesup barang baru sampai depan rumah jika ada sebarang kerosakkan dengan perabot yang baru korang beli. Pertukaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari pembelian. Memang pantas!

Selain dari membuatkan korang rambang mata melihat perabot yang ada di Ruma tu nanti, kami juga nak buatkan korang pening memikirkan perabot mana yang sesuai dengan rumah korang. Al maklum lah, di Ruma banyak sangat perabot yang cantik sehinggakan korang kena minta pandangan pasangan korang untuk membeli.

Ruma Ada Peminat Yang Tersendiri




Bagi yang tak tahu, Ruma ni ada peminatnya yang tersendiri, ini semua berdasarkan susun atur dan tema korang. Tapi kalau korang masuk jer Ruma ni jarang lah tak kena dengan jiwa. Mesti asal tengok jer dan berkenan di hati.

Macam sister kita sorang ni yang boleh dikatakan hampir semua barang rumahnya dari kedai Ruma. Bak kata Ain Jamlus, persiapan bulan Ramadhan dan raya lebih mudah bila ada Ruma.

Paling best bila Ain yang menjadi peminat setia Ruma ni menyuarakan di mana beliau sangat selesa mencari barang-barang yang sesuai dengan gaya dan keperluan rumahnya. Bukan tu jer, pilihan hebat pada pinggan mangkuk, hiasan dan peralatan dapur adalah apa yang Ain perlukan untuk menaikkan landskap meja untuk tetamunya pada hari raya nanti.

Okey lah tak nak tulis panjang-panjang, kami pun nak juga cuci mata di Ruma. Ala beli online jer, tahu-tahu barang sampai depan pintu rumah! Maklumat lanjut layari laman rasmi Ruma.