fbpx

Pelakon Ruhainies mengaku dia fobia untuk mendirikan rumah tangga selepas pelbagai isu pergolakan rumah tangga terjadi pada orang sekelilingnya.

Memetik Xtra, Ruhainies berkata dia tidak mahu tergesa-gesa untuk berkahwin hanya disebabkan orang sekelilingnya ramai mendirikan rumah tangga dan tahu tahu apa yang diinginkan daripada seorang lelaki.

BACA: Ruhainies Kongsi Petikan 4 Golongan Yang Haram Disentuh Api Neraka

“Saya tak boleh ikut orang. I know what I want in a guy. Saya tak nak terburu-buru untuk mendirikan tangga. Lagipun kita tahu apa yang berlaku di sekeliling kita.

“Sebenarnya sedikit sebanyak saya rasa trauma, fobia nak kahwin. Sebab sudah tentu masa kahwin semuanya bahagia, indah.

“Tapi betul ke apa yang ditonjolkan kat dalam media sosial. Itu yang saya rasa takut sangat tu. Sejujurnya, saya gembira dengan diri saya sekarang, pencapaian saya, keluarga. Jadi, saya tidak tergesa-gesa nak kahwin tapi saya minta, harap semua doakan yang terbaik untuk saya,” katanya.

Sementara itu, Ruhainies berkata dia mencari lelaki yang bertanggungjawab kerana baginya sukar untuk ditemui dan bukan lelaki kaya yang diinginkannya.

“Saya tidak mencari lelaki yang kaya. Bagi saya, saya mencari seseorang yang bertanggungjawab. Untuk cari lelaki yang bertanggungjawab ini bukan sesuatu yang mudah. Sebab nak kata ada rupa, ramai orang dekat dalam dunia ini ada rupa, ramai orang dalam dunia ini yang kaya.

“Tapi yang bertanggungjawab itu yang susah nak cari. Sebab itu, untuk saya, perlu berkawan dengan dia lama dulu baru saya betul-betul boleh kahwin,” katanya.

SUMBER: Xtra