fbpx

Ruhainies Kongsi Petikan 4 Golongan Yang Haram Disentuh Api Neraka

Pelakon Ruhainies dilihat ada berkongsikan petikan mengenai empat golongan yang haram disentuh api neraka di Insta Story miliknya.

Menerusi petikan itu, empat golongan tersebut adalah Hayyin, orang yang memiliki ketengan dan keteduhan lahir mahupun batin. Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya.

BACA: Ruhainies Tenang Kongsi Quote Islamik

Kedua, Qarib iaitu orang yang akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara dan murah senyum jika bertemu.

Ketiga, Layyin iaitu orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak ikut hawa nafsu sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan sesama manusia.

Terkahir adalah Sahl, orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada cara untuk selesaikan setiap permasalahan.

Sementara itu, Ruhainies turut memuat naik dua lagi petikan berkenaan aib seseorang serta akibat menyebarkan aib.