fbpx

Ruhainies Tenang Kongsi Quote Islamik

Umum mengetahui sebentar tadi, pelakon Bella Astillah mengejutkan ramai apabila hadir bagi sebutan kes perceraian dengan suaminya yang juga penyanyi Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Turut menjadi perhatian ramai perkongsian Ruhainies di Instagram miliknya yang memuat naik quote berbaur islamik sekaligus mengundang kecaman ramai.

BACA: “Saya Dipihak Yang Benar, Tak Perlu Takut

Petikan tersebut menasihati seseorang supaya berhenti membenci hanya kerana mendengar kata-kata orang dan bersyukur kerana Allah tidak membenci hambaNya meskipun tahu tiap-tiap perkara.

Seperti sudah dijangka, perkongsian Ruhainies itu dihujani dengan kecaman netizen sehingga ada yang mendakwa aktres itu seolah dia menjadi mangsa dan ‘terpaling tersakiti’ sedangkan rumah tangga Bella yang bergolak.

Dalam pada itu, ramai netizen meluahkan rasa meluat dengan Ruhainies serta ada yang tertanya-tanya bilakah aktres itu akan mengeluarkan kenyataan mengenai kes ditangkap khalwat baru-baru ini.