fbpx

Risteena Nak Saman Netizen Fitnah Ruhainies

Pelakon Risteena bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang menghantar kiriman berunsur fitnah, lucah dan caci maki sebaga langkah mempertahankan maruah adiknya, Ruhainies.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Risteena berkata meskipun hantaran telah dipadam namun semua yang berunsur hinaan dan fitnah terhadap Ruhainies akan disimpan sebagai bukti oleh peguam.

BACA: “Isu 3 Pagi JAWI Datang Rumah Tidak Benar” – Risteena

“Walaupun dah delete, semua bukti mesej berunsur fitnah, lucah, maki akan terus di screenshot oleh pihak lawyer. Tolong bagi kerjasama nanti,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi hantaran lain, Risteena dilihat ada berkongsikan paparan mesej yang diterima selepas Ruhainies mengeluarkan kenyataan rasmi tentang kejadian kes ditangkap khalwat.

Semalam, Ruhainies berkata isu pihak Jawi datang ke rumah pada jam 3 pagi adalah tidak benar. Risteena turut berkata Aliff dan Ruhainies sedar tentang khilaf mereka dan telah pun memohon maaf.

SUMBER: Kosmo