fbpx

Ruhainies Tampil Cerita Situasi Sebenar, Harap Bella & Aliff Tak Berpisah

Selepas beberapa hari berdiam diri berhubung isu ditangkap khalwat dengan aktor Aliff Aziz, pelakon Ruhainies akhirnya tampil berkongsikan situasi sebenar yang berlaku pada hari kejadian.

Menerusi kenyataan di muat naik di Instagram, Ruhainies berkata pada malam tersebut adik beradiknya bercadang untuk makan dan bermalam di rumahnya.

BACA: JAWI Tak Lengahkan Siasatan Kes Khalwat Aliff Aziz, Ruhainies

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Malah, Ruhainies turut menjemput Aliff untuk turut serta memandangkan baru saja selesai menjalani penggambaran dan dia turut mengenali keluarga serta adik beradiknya.

Bagaimanapun, Ruhainies berkata kakaknya yang juga pelakon Risteena tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dan dia membuat keputusan untuk naik ke atas untuk meletakkan barang.

Menurutnya lagi, dia sempat berborak dengan Aliff sebelum pintu rumah diketuk namun dia menyangkakan kakaknya sudah sampai tetapi dia mendengar suara lelaki dan takut membuka pintu atas faktor keselamatan.

Katanya lagi, dia kemudian menghubungi Risteena dan dimaklumkan pihak Jawi berada di depan pintu serta Bella Astillah bersama pihak media.  Malah, kakaknya meminta tidak membuka pintu untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

Sementara itu Ruhainies berkata selepas pemeriksaan dijalankan tiada apa-apa yang berlaku selain mengikut prosedur yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia mengakui kekhilafannya disisi agama dan memberikan kepercayaan penuh kepada pihak Jawi.

Tegas Ruhainies lagi, dia dan Aliff hanya kawan biasa dan bekerjasama dalam drama. Malah, dia sayangkan persahabatannya dengan Bella serta berharap dia dan Aliff tidak akan berpisah.