fbpx

JAWI Tak Lengahkan Siasatan Kes Khalwat Aliff Aziz, Ruhainies

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata pihak mereka tidak berkompromi dalam soal tangkapan khalwat membabitkan pasangan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies.

Memetik Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubng kejadian berlaku Sabtu lalu.

BACA: Ruhainies Kongsi Petikan 4 Golongan Yang Haram Disentuh Api Neraka

“Proses siasatan dilaksanakan sebagaimana kelaziman berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan di Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

“Setakat ini, Jawi dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan akan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan kenyataan itu dibuat susulan timbul dakwaan Jawi seolah-olah melambatkan proses pendakwaan itu serta kebimbangan jika kes itu terlepas kerana pasangan itu adalah public figure.

SUMBER: Harian Metro