Ruhainies Tak Risau Kekasih Disambar Orang
Hampir dua tahun kisah cintanya diperkatakan, bagaimanapun pelakon cantik Ruhainies belum merancang untuk mendirikan rumah tangga lagi.
Timbul ura-ura dia bakal berkahwin tahun hadapan, Ruhainies berkata dia masih mahu memberi tumpuan kepada kerjaya memandangkan banyak komitmen kerja perlu diselesaikan.
BACA: Ruhainies Takut Buat Swab Test Sampai Terangkat Kaki
“Saya belum ada rancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat sebab saya sibuk dengan penggambaran drama sehingga penghujung tahun ini.
“Seperti semua maklum, banyak kerja tertangguh akibat Covid-19. Jadi, apabila sudah dibenarkan menjalani penggambaran, jadual kerja saya padat,” katanya.
Menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Mr E, Ruhainies berkata dia tidak pernah risau jika kekasihnya itu disambar orang.
“Bagi saya, kalau itu jodoh saya, maka dia akan menjadi jodoh saya sampai bila-bila. Jadi, saya tak risau kalau orang kata, menunggu terlalu lama berisiko untuk kekasih disambar orang,” katanya.
Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia tiada perancangan untuk bertunang namun sekiranya perlu dia tidak mahu mengambil masa lama.
“Setakat ini kami tak ada rancang mengenai pertunangan. Tapi, saya tak suka kalau nak bertunang dalam tempoh yang lama. Mungkin paling lama pun, seminggu sebelum bernikah,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Klu x riso,tyang la muka mmat tu.wat pe sorokkn?mcm syok sndri jek
Aku rindu abang Sajat ..mana di kau beb ..
Dah berapa tahun masih x kawin.
Bagus ruhainies..
Konpiden level ko tinggi dek
Sendunya minah ni. Gosip x pernah berjenis. Santan ajer!
Bosannya dia ni. Boleh tak industri hiburan cancel artis2 hauk cam ni?
Berita macam gampang..bagilah muka pada yang still single2 tu..ni kira 2nd hand dah merata pegang!
Iyolahhhh
Si mulut kemut yg membosankan
ya rabbiiii ngatok nya gosip minah neh!
Friendzone rasanya ni. 2 thn nonsense la bercinta apoooo?
Mr E ponnn.. pakai baju kot setiap masa.. kuikuikui
Jijik!
Kalo ikotkn lumrah dunia…kalo sijantan dh ngasa….cfm x kawin….
Bosan gile la dengan dia ni.. Asyik cerita pasal boyfriend.. Mcm dia sorang je ade boypren… #muntahhijau ???
Pengawas sekolah aku pakai kod jugak hari2
Agreed with comments uols.. haha… mr E pakai code acah2 businessman! Hakkktuiii!!! ruhainies C mulut kemut!!! Badan leper maciam papan lapis!! Hahahah..
Entah-entah dah break sebab tu tibe keluar statement hauk camtu..