fbpx

Ruhainies Sedih Sebab Kecewakan Peminat Yang Sayangkannya

Pelakon Ruhainies mengakui kontroversi kes khalwat melibatkan dirinya dan pelakon sensasi, Aliff Aziz memberi kesan kepadanya.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik Astro Gempak, Ruhainies berkata dia sedih kerana seolah sudah mengecewakan peminat yang selama ini menyayanginya kerana kes tersebut.

BACA: “Menangis Bila Bekerja Pandailah” – Ruhainies

Sementara itu, Ruhainies berkata kes berkenaan masih dalam perbicaraan mahkamah dan dia masih belum terbukti bersalah.

“Bila berlak benda ini (kes khalwat), saya rasa macam sedih sebab saya kecewakan peminat-peminat yang ada…yang sayang saya. Tapi sekarang ini, kes baru tertuduh…belum dibuktikan bersalah lagi.

“Jadi saya harap semua boleh tunggu dan kita boleh tengok la…tunggu dan lihat la,” katanya.

Semalam, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan berhubung kes khalwat pada 9 Mac lalu ketika pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

SUMBER: Astro Gempak