fbpx

“Menangis Bila Bekerja Pandailah” – Ruhainies

Hari ini hangat diperkatakan apabila berlangsungnya prosiding kes khalwat pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies sehingga dikecam apabila tampil serba hitam sedondon ke mahkamah.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Turut menjadi perhatian apabila Ruhainies dikecam apabila mengatakan dia tidak pandai berlakon menangis di hadapan kamera selepas didakwa tidak sensitif apabila dilihat tersenyum ketika hadir ke mahkamah.

BACA: “Saya Tak Pandai Berlakon, Menangis Depan Kamera” 

Malah, Ruhainies juga dilihat ada memuat naik semula babaknya menangis dalam drama Terjerat lakonan  bersama Aliff Aziz.

Ruhainies turut menulis kapsyen ringkas mengatakan dia pandai menangis apabila bekerja serta memenuhi kehendak skrip.

“Nangis bila bekerja pandailah. Kita beri 100 peratus komitmen,” tulisnya.

Sebelum ini, Ruhainies menjelaskan sebab mengapa dia tersenyum apabila berada di mahkamah serta menafikan dakwaan tidak sensitif.

“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian semua. Saya bersyukur sebab kalian sudi datang pada awal pagi untuk mengikuti prosiding hari ini.

“Mengenai dakwaan tidak sensitif, takkan saya nak menangis pula, saya tak pandai berlakon, tak pandai menangis depan kamera,” katanya.