fbpx

Ruhainies Sambut Raya Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua

Pelakon sensasi, Ruhainies meluahkan rasa syukur apabila dapat menyambut hari raya di Tanah Suci Mekah pada tahun ini.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ruhainies berkata impiannya untuk berpuasa dan beraya di Mekah menjadi kenyataan.

BACA: Khabar Angin Ruhainies Didakwa Sudah Berkahwin? Dokumen Perniagaan Di London Tersebar

“Mimpi jadi kenyataan. Nak Ramadan dan hari raya di Tanah Suci. Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancangan,” katanya.

Difahamkan, Ruhainies berangkat ke Tanah Suci semalam bersama keluarga termasuk Risteena.

Sementara itu, dalam perkongsian lain Ruhainies turut memohon maaf jika ada menyakiti hati sesiapa serta dia memaafkan sesiapa yang menyakiti.

Minggu lalu, timbul dakwaan Ruhainies sudah berkahwin selepas namanya didaftarkan dengan panggilan Mrs atau Puan dalam satu dokumen urusan perniagaan di London.

Malah, dia dan individu berkenaan turut dikatakan memiliki perniagaan NRFMEJ BEAUTY LTD seolah menggabungkan namanya dengan seorang individu. Namun dalam salah satu hantaran berkenaan turut menunjukkan status syarikat berkenaan telah dibubarkan.