fbpx

Ruhainies Minta Netizen Cadang Kedai ‘Tinted’ Kereta Yang Bagus Di KL

Pelakon sensasi, Ruhainies dilihat ada memuat naik status di Insta Story bertanyakan kepada netizen mengenai kedai yang menawarkan pemasangan ‘tinted’ kereta yang bagus di sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi entri itu, Ruhainies turut memuat naik gambar dalam kereta miliknya.

BACA: Ruhainies Nafi Syok Sendiri Balas Soalan Di Instagram Story

Sementara itu, dalam perkongsian lain Ruhainies dilihat memuat naik gambarnya berada di dalam kereta yang tidak berbumbung.

Terdahulu, Ruhainies menafikan dirinya sendiri yang membalas soalan di Instagram Story seperti yang didakwa oleh netizen.

Menurut Ruhainies ianya soalan daripada pengikut di media sosial miliknya dan ramai pengikutnya memberi sokongan secara diam-diam sejak kontroversi terpalit dirinya.