fbpx

Ruhainies Jalani Kehidupan Seperti Biasa, Tak Menyorok Dekat Rumah

Pelakon sensasi, Ruhainies memberitahu meskipun dia terpalit dengan kontroversi panas sejak beberapa bulan lalu namum dia tetap menjalani kehidupan seperti biasa.

Memetik mStar Online, Ruhainies berkata dia tidak pernah rasa takut untuk keluar rumah mahupun cuba menyorok di rumah meskipun sedar namanya menjadi bualan ramai.

BACA: Ruhainies Maafkan Netizen Cakap Buruk Tentang Dirinya, Minta Semua Move On

“Sejak kontroversi ini berlaku saya kerja macam biasa. Saya tak menyorok pun dekat rumah seperti yang disangka sesetengah pihak.

“Saya ada pergi makan dengan kawan-kawan ke rumah terbuka dan sebagainya. Saya jalani kehidupan saya seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Ruhainies berkata dia tidak pernah berdepan insiden bukan-bukan ketika berada di tempat awam serta meluahkan rasa syukur tiada yang memandang serong pada dirinya.

“Orang tidak ada masalah, mereka tak ada pandang saya pelik atau sebagainya. Tak ada. Alhamdulillah tak ada orang yang pandang serong pada saya.

“Setakat ini tak ada orang yang buat bukan-bukan atau perkara jahat pada saya,” katanya.

SUMBER: mStar Online