fbpx

Ruhainies Fobia Bercuti Ke Langkawi

Meskipun keinginannya membuak-membuak untuk bercuti ke Langkawi, bagaimanapun pelakon Ruahinies mengakui masih diselubungi rasa takut.

Menurut Ruhainies, meskipun Langkawi merupakan destinasi pelancongan kegemarannya namun terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana bimbang risiko dijangkiti Covid-19.

BACA: Sakan Menari, Netizen Pula Yang Segan Tengok Seluar Ruhainies

“Memang teringin sangat hendak bercuti ke Pulau Langkawi sejak kerajaan membenarkan pelancong ke sana menerusi program travel bubble atau gelembung pelancongan.

“Tapi saya masih diselubu­ngi rasa takut akan kebarangkalian dijangkiti Covid-19. Lagi pun saya tinggal bersama ibu bapa, jadi makin bertambah bimbang,” katanya.

Kata Ruhainies lagi, dia terus menjadi fobia selepas melihat suasana ramai penumpang di dalam kapal terbang baru-baru ini.

“Semua penumpang perlu jalani ujian pengesanan Co­vid-19, tetapi saya bimbang jika masih ada segelintir yang ‘terlepas’,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia bukan mahu menakutkan mana-mana pihak kerana ianya terpulang pada diri masing-masing untuk bercuti ke sana.

“Bagi saya, buat masa ini biarlah duduk di rumah sahaja. Kalau hendak jalan-jalan pun, cuma yang dekat-dekat sahaja dan tempat yang tidak ramai orang,” katanya.