fbpx

Ruhainies Enggan Kahwin Kerana Desakan, Sindiran Netizen

Terbuka berkongsikan kisah cintanya dan momen manis bersama kekasih, sudah tentu ramai yang tertanya bilakah pelakon cantik Ruhainies dan kekasih hatinya yang dikenali sebagai Mr E bakal mendirikan rumah tangga.

Meskipun ada segelintir netizen menyindirnya apabila ada beberapa selebriti terus berkahwin tanpa mencanang percintaan mereka, Ruhainies berkata dia sedikit pun tidak terkesan.

BACA: Ruhainies Geram Kekasih Belikan Anggur Mahal Harga RM148

“Untuk saya, buat masa ini masih dalam perbincangan ke arah perkahwinan dan belum ada kata putus. Apatah lagi, saya ada kakak iaitu Nur Risteena yang mungkin akan berkahwin dahulu kerana sudah bertunang,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia mempunyai pendirian dalam soal perkahwinan dan tidak akan buat keputusan untuk berkahwin hanya kerana desakan dan sindiran orang luar semata-mata.

“Saya yakin setiap orang memiliki pendirian tersendiri. Begitu juga dengan saya, kalau nak kahwin biarlah bila sampai jodohnya. Terus-terang, saya tidak akan buat keputusan nak berkahwin hanya disebabkan termakan desakan dan sindiran daripada orang luar.

“Kalau ada warganet yang berterusan nak mengata, saya tak ambil peduli pun selagi mereka tidak mencalar maruah saya dan keluarga,” katanya.

Mungkin Ruhainies mahu merasai saat-saat indah bercinta terlebih dahulu. Apa pun semoga hubungan cinta yang dibina kekal bahagia sampai ke jinjang pelamin.