fbpx

Ruhainies Digugurkan, Bella Astillah Dapat 3 Kontrak Drama

Penerbit terkenal, Datuk A Aida bertindak menyenaraihitamkan pelakon Ruhainies susulan ditangkap khalwat dengan aktor Aliff Aziz sekaligus ianya memberi peluang buat Bella Astillah.

Memetik mStar Online, Aida turut kesal dengan apabila Ruhainies sanggup menjalin hubungan dengan suami sahabat baik sendiri.

BACA: Ruhianies Mengaku Fobia Nak Kahwin, Tak Cari Lelaki Kaya Tapi Bertanggungjawab

“Saya tak sangka dia tergamak buat begitu. Apa yang saya tahu Ruhainies dan Bella kawan baik, tapi dalam diam-diam rupanya ada hubungan dengan Aliff.

“Sebab itu saya ‘black list’ nama Ruhainies. Saya buang nama dia dalam senarai pelakon drama terbaru saya yang bakal memulakan penggambaran April nanti,” katanya.

Malah, selepas menggugurkan nama Ruhainies, dia menawarkan Bella tawaran tiga skrip drama kepada Bella Astillah termasuk menandatangani kontrak di bawah syarikatnya.

“Selepas saya buang nama Ruhainies kami ada berbincang bersama pasukan produksi dan kami terus terfikir tentang Bella. Saya sendiri yang hubungi Bella dan beri tawaran berlakon.

“Bukan satu, tapi tiga skrip saya berikan sekaligus. Saya juga membuka peluang buat Bella untuk terlibat dalam program saluran Salam HD milik saya,” katanya.

Aida turut menegaskan dia tidak mengambil mana-mana artis bermasalah untuk berlakon dan meskipun Ruhainies meminta maaf dia tidak akan diterima lagi untuk berlakon.

SUMBER: mStar Online