fbpx

Ruhainies Dedah Berat Badan Turun 2 Kg Dalam Seminggu

Mempunyai badan langsing merupakan idaman setiap wanita dan pasti ramai yang menjadi selebriti idola untuk tampil cantik kerana mereka perlu tampil cantik setiap masa. Tapi pasti anda tertanya-tanya apa rahsia mereka kekal langsing.

Tidak lokek untuk berkongsikan tips langsing, baru-baru ini menerusi Instagram Ruhainies mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 2kg dalam masa seminggu.

BACA: Ruhainies Berang Wajah Kekasih Tersebar

Ruhainies memberitahu dia mengamalkan aktiviti berenang untuk dan dalam seminggu mampu menghilangkan 2kg berat badannya. Pasti anda tahu aktiviti berenang selama 30 minit mampu membakar sebanyak 400 kalori.

Dalam pada itu, Ruhainies turut bertanyakan kepada pengikutnya untuk kongsikan apa aktiviti yang mereka suka lakukan diwaktu lapang.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji pelakon itu yang menjaga kesihatan dan akhirnya mendapat tahu apa rahsia Ruhainies kekal langsing. Patutlah badan cantik dan langsing, rajin bersenam rupanya.