fbpx

Ruhainies Buat Vlog, Aliff Aziz ‘Like’ Video Di Instagram

Meskipun terpalit kontroversi ditangkap khalwat dengan suami orang, namun pelakon sensasi Ruhainies tenang meneruskan kehidupan seperti biasa serta mengemas kini akaun media sosialnya.

Baru-baru ini, Ruhainies dilihat ada memuat naik video mahu mencuba perkara baru dengan menjadi seorang vlogger.

BACA: Ruhainies Minta Netizen Cadang Kedai ‘Tinted’ Kereta Yang Bagus Di KL

Menerusi video di Instagram itu, Ruhainies berkongsikan dia sedang mencuba produk penjagaan rambut baru seperti yang pernah dikongsikannya sebelum ini yang meminta netizen mencadangkan produk untuk perbaiki rambut kejung.

Apa yang menjadi perhatian ramai, video dimuat naik oleh Ruhainies itu mendapat tanda ‘like’ daripada Aliff Aziz tidak lama selepas ianya dikongsikan di Instagram.

Sementara itu, menerusi Insta Story Ruhainies mengatakan dia  masih baru dalam membuat vlog dan meminta orang ramai memberi tunjuk ajar jika ada kekurangan.